Isnin, 24 Januari 2011

Sejarah Awal Penubuhan

Al Maahad Addini sebuah pusat pengajian islam peringkat menengah, diasaskan dan dimiliki oleh Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah Cawangan Kedah/Perlis. Al Maahad Addini merupakan satu projek pendidikan persatuan (PBMITT) Kedah/Perlis ditubuhkan pada 2 disember 1989, bertempat sementara di Al Maahad Al Mahmud di jalan pegawai alor setar, ianya ditadbirkan oleh sebuah lembaga yang dilantik oleh persatuan ini. penajaan Al Maahad Addini pada mulanya adalah untuk mengatasi keresahan masyarakat islam yang ingin memasukan anak-anak mereka ke Maktab Mahmud tetapi tidak berjaya di sebabkan tempat terhad walaupun prestasi anak-anak mereka tinggi, maka pihak persatuan ini yang pada masa itu di pengerusikan oleh Allahyarham Dato` Syeikh Muhamad Yusof Bin Hj Ismail, YDP Majlis Agama Islam Negeri Kedah yang juga menjadi Pengerusi Lembaga Maktab Mahmud telah memikir untuk mewujudkan Al Maahad Addini dengan mengambil dan menerima baki calon-calon yang terbaik yang tidak dapat memasuki Maktab Mahmud, maka pelajar-pelajar tersebut diambil belajar di Al Maahad Addini dan dikenakan bayaran bulanan.